Friday, 12 August 2011

Pengenalan



PENGENALAN

Kolej kediaman jati telah mula beroperasi pada bulan Jun 1982 terdiri daripada 6 blok rumah pangsa  jenis kos rendah dari PKNS. Pada tahun 1988, Kolej Kediaman Jati telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Jati Siswa 4 blok ( A, B, C, dan D) dan Jati Siswi 2 blok (E dan F).

Pada bulan Jun 1999, Kolej Jati diletakkan dibawah satu pentadbiran dan menyediakan penempatan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar siswa sahaja. Kolej ini mempunyai 6 blok asrama dan mempunyai ketinggian 5 tingkat dengan muatan 1548 pelajar (enam orang serumah). Pada tahun 2007 Kolej Jati telah menyambut ulangtahun yang ke-25.

VISI
Mewujudkan sebuah penempatan yang kondusif ke arah melahirkan graduan professional yangmantap dari segi mental, dan spiritual.

MISI
Menjadi sebuah kolej kediaman yang  cemerlang, gemilang dan terbilang   dalam memberikan kemudahan penginapan dan sebagai wadah dalam mengembangkan bakat serta potensi pelajar dan kakitangan secara bersepadu. 

PIAGAM PELANGGAN


  • Urusan di kaunter pejabat tidak melebihi 5 minit.
  • kelulusan permohonan pinjaman peralatan dalam tempoh 3 hari bekerja dengan syarat mengemukakan permohonan yang lengkap.
  • Sebarang komen/cadangan bertulis akan diambil tindakan segera kepada mereka yang bertanggungjawab.
  • Sebarang aduan kerosakan akan diambil tindakan dalam masa 24 jam
  • Kepelbagaian aktiviti merangkumi sukan, kerohanian, sosial, keilmuan, dan kemahiran.
  • Layanan mesra, prihatin, dan bertanggungjawab.

0 comments:

Post a Comment